Tuesday, January 24, 2012

~Kehidupan Baru~

بسم الله الرحمن الرحيم

*Salamu llahi 3alaikum*

Fuh~Fuh~ *tiup habuk..hehe..lama la jugak ye aku meninggalkn blog ni tanpa apa-apa catatan..bukan tak nak update tapi masalah internet yang tak dapat dielakkan..
anyway, alhmdulillah,syukur kepada allah kerana masih lagi bagi aku bernafas sehingga sekarang..pejam celek..pejam celek dah masuk tahun baru..tahun 2012..cepatnya la masa kan?..orait-orait..kita mulakan cerita ye..cerita yang merubah kehidupan aku dan memberi gelaran baru untuk aku..

Bismillah..

1/6/2011- Hari Rabu

Hari ini merupakan hari pertunanganku..nk tau ceritanya? hehe..aku sendiri pun tak percaya..
dalam pertengahan bulan 5..aku balik ke malaysia untuk jumpa keluarga..yela,dah setahun lebih tak jumpa..rasa sangat-sangat lama..almaklum,anak umi dan abi la katakan..hehe..dari kecil tak pernah duduk jauh dari keluarga..so bila dah setahun tak jumpa..ehem2 faham-faham la ye..hehe..
terubat rasa rindu dekat keluarga..abi dan umi bawak aku pergi jalan2 dan makan makanan yang tak ada dekat Jordan hehe..selama aku ada di Malaysia..aku makan ikan dan makanan laut je..yela, dekat Jordan xde makanan laut macam dekat Malaysia..

selepas 2minggu aku di Malaysia..aku beranikan diri untuk menyuarakan apa yang terpendam dihati..*sebenarnya,sebelum balik ke Malaysia..aku dah dilamar seorang jejaka handsome..aku dah berkenan dengannya..dan kami dah buat solat istikharah..keluarganya tak ada apa-apa masalah..tapi sebaliknya dengan keluarga aku..banyak lamaran yg ditolak oleh umi dan abi..*

aku nampak umi duduk sorang2 di ruang tamu sambil baca buku..aku pun beranikan diri dan duduk sebelah umi.."erm, umi, along ada something nak bagitahu umi ni"..umi aku pun tanya: "apa dia? bagitahu la"..aku pun dengan rasa takut bagitahu : "erm,sebenarnya..erm..macamni..erm..ada seorang ni..dia lamar along..erm..apa pendapat umi?"...umi aku terdiam..lama sangat aku tunggu jawapannya...dalam hati aku..aku berdoa..kalau betul dah sampai jodoh aku..allah akan buka hati umi aku untuk terima..kalau belum..aku harus tunggu lagi..

umi aku pun cakap: "nnti umi bincang dengan abi dulu"..then umi pun naik atas..phew, rasa lega sangat lepas luahkan dekat umi..sekarang ni, aku kena tunggu dan berdoa jela..
keesokkannya, masa kami adik beradik sarapan pagi..abi turun dan tiba2 abi tanya aku: "along nak kahwin ya? ok2 abi dan umi izinkan"..terkejut aku..hampir2 nak tercekek hehe...serius aku tak percaya..alhmdulillah :)..
selepas itu, abi minta aku bagitahu si dia untuk call abi..abi cakap..ada banyak sangat benda yang perlu dibincangkan dengan si dia..
1/6/2011..majlis pertunangan aku..alhmdulillah..syukur sangat..semuanya berjalan lancar..

gambar aku dan bakal ibu mertua..hehe


9/6/2011..aku pun pulang semula ke bumi Jordan dengan gelaran "tunang orang"..
start bulan 7..aku dan tunang aku pun mulakan urusan perkhawinan kami..hanya tuhan sahaja yang tahu macam mana susahnya urusan disini..semuanya kami kena buat sendiri..bukan setakat urusan sahaja..majlis kahwin dan rumah pun kami sendiri yang kena uruskan..
tapi tak apa..untuk membina masjid memang kita akan merasai kesusahan..dengan kesusahan inilah akan terasa nikmatnya di akhir nanti..hampir2 3bulan kami buat semua urusan..akhirnya kami hampir selesai..
dengan bantuan kawan2..kerja kami makin cepat selesai..

sungguh terharu tengok kesungguhan kawan2 membantu kami dari segi gubahan hantaran, makeup,jurugambar, inai dan jugak doa dan sokongan..allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka semua..

7/10/2011- Hari Jumaat..

Hari yang bersejarah dalam hidup aku..hari dimana 2 hati akan bersatu..

ketika diijabkabulkan..suami, wakil wali aku dan 
imam masjid..

selepas sah bergelar suami isteri

inilah dia..buah hati kesayangn aku hehe

tiga gadis cun..hehe..sebelah kiri dan 
kanan pengapit aku..n yang hujung sekali
adik aku ;)

tetamu2 yang hadir majlis akad nikah kami

dan sekarang ni, aku Arwa binti Ahmad Kamal sah menjadi istri kepada Abdul Aziz bin Othman..moga Allah memberkati kami berdua dan murahkan rezeki kami..

Raya Aidil Adha yang pertama bersama suami tercinta


27/10/2011-Hari Khamis

Aku dan suami mendapat berita gembira..hehe..aku disahkan hamil..alhmdulillah...memang susah nak percaya..time dapat result positive..banyk kali kami tanya doktor..betul ke tidak result ni..mane tau tersalah ke..hehe..yela,kami baru je lagi bergelar pengantin baru..masih lagi dalam fatrah honeymoon *blushing*..anyway, rezeki allah..alhmdulillah..dalam tahun 2011 ni..aku dapat tiga gelaran..tunang orang.istri orang dan sekarang bakal jadi mama orang pulak..hehe..
sekarang ni baby dah 4bulan seminggu..insy'llah akan keluar melihat dunia pada akhir bulan 6 ni...semoga anak ini menjadi qurah a'in kami dan mnjadi saham kami di akhirat nanti..ameen..

di hospital..muka bahagia bile dapat tau bakal jadi
papa hehe..

*Terima kasih abang untuk segalanya..moga cinta kita membawa kita ke syurga Allah..hanya abang sorang yang bertakhta di hati..sayang abang sampai bila2*


*Walahu a'lam*