Sunday, September 12, 2010

~Hari raya pertamaku di Jordan~

بسم الله الرحمن الرحيم

*salamu llahi 3alaikum*

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 3 syawal..Terasa amat cepat masa berlalu, memang tidak dinafikan rasa  sedih jugak kerana terpaksa meninggal kan bulan ramadhan..harap dapat bertemu lagi dengan ramadhan tahun depan dan menjadikannya lebih baik dari ramadhan tahun ni insyaAllah...

10/9/2010-Hari Jumaat...
Merupakan hari pertama aku menyambut hari raya jauh dari keluarga, jauh dari orang-orang yang aku sayang..tp inilah cabaran bagi yang bergelar "pelajar luar negara"..aku harus kuat kan hati, walaupn keluarga tiada disisi, aku masih mempunyai kawan-kawan..ya, kawan-kawan seperjuangan yang masih tinggal di bumi Irbid ini..Klu mereka boleh kawal perasaan sedih, kenapa aku tidak boleh? aku msti belajar untuk berdikari dan menjadi matang (^_~)..

Pagi raya aku terlambat ke masjid untuk solat raya hehehe..(alasan kenapa lambat tak boleh diberitahu diatas sebab-sebab tertentu ya ~ngee)..sampai ke masjid, imam sudah selesai solat raya dan mula bagi khutbah raya..
rasa agak kecewa tapi nak buat macam mana lagi, memang dah diri sendri yang lambat, tak boleh nak salahkan siapa-siapa  =.=..

Habis je khutbah raya, kami semua bersalam-salaman dan saling bermaaf-maafan..kawan-kawan yang dah lama x jumpa tu jumpa balik di masjid..dan yang tak kenal jadi kenal..memang terasa ukhuwah diantara kami..
setengah jam kemudian mula la sesi mengambil gambar hehehe...kalau tak ambil gambar mesti tidak sah..
almaklumla..kami jenis yang suke ambil gambar hehehe...

Di pagi hari raya

Me and my sweet heart (^_^)

Siapa cakap raya di perantauan tidak seronok?? walaupn tidak semeriah Malaysia tapi kami tetap rase gembira..alhamdulillah dapat juga aku beraya dengan kawan-kawan tahun ini..terubat sikit rindu ke kampung halaman =)..

Selepas sesi ambil gambar, kami pun mula serang rumah-rumah akhawat yang buat rumah terbuka hehehe.. memang seronok..kami takbir bersama dan makan bersama..

12/9/2010-Hari Ahad
Hari ni merupakan hari bersejarah buat kawan ku Anis Athirah, hari ini dia disahkan menjadi isteri kepada Muhammad Firdaus Kinawan..
Majlis akad nikah bermula jam 5 petang..tetamu-tetamu yang hadir semua pelajar-pelajar Irbid, agak meriah juga la majlisnye walaupun simple tapi tetap yg terbaik...selamat pengantin baru buat kak anis dan abg firdaus..semoga bahagia ke akhir hayat dan mendapat redha dan lidunganNYA..ameen (^_^)

Time sarung cincin

 Pengantin yang comel 


*wallahu a'lam*






No comments:

Post a Comment